Monday, August 31, 2009

Hadiah Kemerdekaan

Semalam sambutan ke 52 kemerdekaan negara.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Pemimpin teratas lantang melaungkan slogan.Malah tiap-tiap hari pergi kerja aku nampak papan iklan besar kat tepi highway yang memaparkan slogan tersebut.Kat papan iklan tu ada banyak wajah manusia yang tersenyum dan pelbagai bangsa.Bagus!!!

Aku cari maner lah tau kot-kot ada muka aku kat situ kan...tapi aku rasa takder kot sebab aku nih tak terlibat secara langsung dengan orang yang membikin iklan tu.Kalau muka aku ada kat situ sudah semestinya aku mintak royalti!!!

Secara otomatiknya aku akan ingat slogan tu tiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja.

Dan.....pagi ni aku sendiri terkejut dengan satu berita yang aku dengar dari DJ radio HOT FM....satu hadiah yang kerajaan berikan pada kita semua...

RON 95 - dinaikkan harga sebanyak RM 0.5 sen seliter berkuatkasa hari ni (1 September 2009) menjadikan harganya RM 1.80 sen seliter berbanding harga tterdahulu iaitu RM 1.75 sen seliter.

RON 97 - juga dinaikkan harganya dari RM 1.80 kepada RM 2.25 sen seliter iaitu kenaikan sebanyak RM 0.25 sen seliter.



Terima kasih kerajaan kerana memberikan ruang pada kami untuk menyumbang kepada anda!!!!!.Dah lah isu harga barang pon tak selesai-selesai, dengan krisis gulanya, dan bermacam lagi lah yang berkaitan dengan duit nih.....

Itulah hadiah yang paling bermakna untuk rakyat yang diutamakan.dan hasilnya rakyat semakin tertipu dan semakin terhimpit dengan beban yang di cipta sendiri oleh mereka yang dipilih oleh rakyat....dan lebih membanggakan lagi,...sekaum dengan aku...Melayu!!!

Lepas ni pulak tepung kat kedai kena sorok, lepas tu beras, tepung, telur, minyak masak, pendek kata barang harian la...untuk apa? menaikkan harga. Sebab? harga petrol naik.....eloklah tu.

Aku tak kira la apa RON sekalipun yang di keluarkan di stesen minyak. Janji kereta aku jalan dan takder masalah.Jangan lah sampai jual minyak di campur dengan air pula!!

Kalau rakyat bising mereka suruh bandingkan dengan negara lain yang minyaknyer lagi mahal, contohnya thailand (aku tak pasti plak ratenye berapa kat sana) tapi aku sure memang kat sana lagi mahal dari Malaysia, tapi barangan harian seperti pakaian dan makanan adalah jauh lebih murah dari kita kat sini......so camna?

Senang cerita aku harap kita semua berbanggalah jadik rakyat Malaysia yang dah 52 tahun merdeka.Jangan tanya apa sumbangan negara pada kita, tapi tanyalah apa sumbangan kita pada negara...ahahahhahaha

Semoga pemimpin kita terus menerajui negara dengan Bijak, Adil, Amanah dan Saksama.



PS: Sumbangan aku pada negara ialah....Aku bayar cukai masa pergi KARAOKE...

Korang paham aper?


nih gambar aku amik kat salah satu pondok telefon yang ada kat Bandar Baru Bangi.


Lokasi sebenar adalah depan Maybank berdeketan dengan Masjid Besar Bandar Baru Bangi.Atau orang sekitar panggil Masjid Hijau sebab kubah dia hijau.Atau mungkin jugak sebab ramai yang menyokong warna hijau....ehehehe


Apa yang korang fikir tentang iklan tu?


Gambar tu sajer aku tak blurkan nama n nombor telefon sebab nak bagi jelas bangsa yang kuarkan iklan tu...



PS : Iklan kat Malaysia nih boleh di tampal di mana-mana sahaja tanpa perlukan lesen.Jadi, iklan yang macam tu lah yang akan memberikan keindahan pada pelancong yang datang ke Malaysia nih kan? Termasuklah iklan si Along.....,Angah, Alang....Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Tuesday, July 14, 2009

HFMD tu aper?

ada orang tanya....

HFMD tu apa...

Haris Fadilah Main Dadu....

PS:HFMD.....Hand Foot Mouth Desease....leh Google jer kat tenet banyak info

Sunday, July 12, 2009

terpaksa cuti


ingatkan semalam nak hantar je hero nakamura kat umah maktoknya tapi,malam tadik hero asyik merengek ajer then secara otomatiknya mak ayah hero tidor pon tak lena....caner nak g kejer?

Hari ni dari jam 9 pagi sampai lah ke jam 1 tghari hero taknak dok kat bawah nak dok kat atas dukung jer...uhuhuh biasalah budak kalau dah tak sihat kan?

memang menguji kesabaran betullah....

ni kat atas gambar hiro tgh tdo selepas di pujuk oleh ibunya....seksi tu sebab hanya pakai selimut ngan drypers jer...bila tdo jer barulah lega...badan nampak susut sikit di sebabkan penangan kulat yang menjangkiti badan dan mulutnya...siot punya kulat!!!



PS: Hari ni terpaksa cuti sebab letih sangat tak cukup tdo!!!

Jangkitan tangan kaki dan mulut


Hero kecik kt umah xnak makan n minum.dari sabtu malam.
Bapak hero n ibu hero risau.tdo mlm x lena.uhuhu
Mula igtkan dia nak tumbuh gigi then just biarkan aje.
Tapi disebabkan ketidakcukupan tdo bapak n ibu hero maka hero dibawa ke klinik berhampiran.
Masuk je ke bilik doktor terus check kaki n tangan dia. (memang doktor tu terer)

Caner aku leh x prasan kat kaki n tangan dia dah mula ada bintik-bintik merah.
Then doktor tunjukkan kat dalam mulut anak aku tu pun dah ada bintik merah gak dats why lah air liur hero asyik meleleh jer.sori sayang ayah x perasan.
Dan secara rasminya doktor kasitau hero nakamura dah terkena jangkitan kaki tangan dan mulut.cara jangkitan adalah melalui udara(bersin)
Dan juga sentuhan.
Dan disebabkan itu jugak doktor kasik ubat yg byk kt hero.utk sapu utk minum utk mandi.sumenye utk memerangi kulat yg bertapak kt badan hiro.terbang rm 35.


3 hari hero xleh g tempat ngasuh takut kulat menjangkiti budak yg bawah 5 tahun.
So hero akan dok kt umah maktoknya.for sure maktoknya seronok giler sbb cucu kesayangannya akan menyepahkan rumah dia.

doktor kata penyakit tu kt sini x bahaya tak macam kat sarawak dulu smpi leh menjangkiti peparu....alhamdulillah

Monday, June 29, 2009

Kematian

Ada 3 orang yang aku kenal meninggal dunia baru2 nih

1. Kematian suami kepada rakan isteri aku:

- Kejadian berlaku somewhere area Shah Alam....Tengah angkat barang tolong kawan pindah then rehat kejap, lepas tu colapse!!! then cuba bagi bantuan CPR tapi tak berjaya, ambulans datang n doktor check dah takder....

- Yang menarik untuk dikongsi ialah...arwah merupakan suami kepada kawan isteri aku.Baru menikah 3 bulan.Umur awal 20an, tapi dah kaya sebab wat bisnes lebih kurang macam kontraktor lah.

-Yang paling menarik pula si isteri nih masa kawen macam tak berapa suka kat arwah nih sebab takder perasaan cinta tapi kawen jugak atas dasar kesian, camner bleh berlaku aku pun tak berapa pasti sangat.Si isteri macam tak menghargai sangat arwah ni dan banyak perkara yang dibuat melukakan hatinya.Arwah ni plak punyalah baik sangat, bayangkanlah bila si isteri nih tak sihat tak larat nak bangun, arwah ni sanggup basuhkan pad si isteri nih, angkat bawak pegi mandi, namun si isteri nih macam tak hargai plak...

-Akhirnya bila arwah nih dah takder barulah dia nampak benda tu sumer dan menyesal tak sudah.Arwah ada harta tapi taktau simpan kat mana, ada duit tapi taktau banyak mana, ada bisnes tapi taktau banyak mana, ada cawangan bisnes tapi taktau kat mana,...akhirnya adik arwah yang uruskan......rugi kan?

2. Kematian ayah kepada biras

- Usia dah menjangkau 80an....tinggal kat banting, orang jawa sampai apa yang dia cakap aku hanya paham 10% jer...tak rapat sangat ngan aku sebab jarang gi umah dia..

3. Kematian raja pop

- Kematian Michael Jackson a.k.a. Mikael
- Berusia 50 tahun baru memeluk islam
- Aku boleh jugak la dikatakan minat kat arwah nih n lagu paling feveret aku adalah 'The way she makes me feel', suka tengok tarian dia kat dalam video klip tuh



Moral of da story untuk ketiga2 perkara di atas ialah sayangilah seseorang itu apabila dia masih hidup. Hargailah dirinya sementara dia masih bernyawa.


PS: Aku terharu kat citer yang nombor satu tu.3 bulan menikah tapi aku tak pernah jumpa pun.Hanya tau citer dari wife aku jer.Al-Fatihah untuk mereka semoga rohnya di letakkan di kalangan orang yang beriman...

kematian, kecurian

Dah lama tak update blog coz of two things...

Kecurian.....(Ada owang curik pasir kat kampung kat tanah mak)

Kematian....(3 orang yang aku kenal)




PS: Dua kejadian yang dimulai dengan 'KE'......

Monday, June 22, 2009

Goto KL semalam

Semalam g KL beli barang komputer kat Low Yat

Sambil beli barang sambil cuci mata, tengok Gadget2 idaman yang ntah bile mampu nak di beli n tengok amoi2 seksa yang jual gadget tu...

Then seperti selalu sebelumnya perniagaan tersebut di pelopori oleh si mata sepet....

Kalau ada Malayans pon just pekerja bawahan...jaga kaunter...sian kat bangsa aku..

Dari level GF sampailah ke level atas sekali....There are too many mata sepet that jaga kedai and of course lah the towkey kan?...

Suddenly after i brought a few things that make me tak bleh angkat barang tersebut ada lah sorang mamat nih di pertanggungjawabkan untuk menolong aku

berbekalkan sebuah troly baru cap ayam, dia tolong aku angkat barang ke tempat parking....

Hah!!! Melayu!!!

Sepanjang nak ke parking tu mamat nih tak bukak mulut... so aku mulakan perbualan...

B : "Dah lama ke kejer sini?"

M : Angguk jer

B: "Mak aih sombong plak" (dalam hati ler)
"Kejer kat sini ok ker gaji?"(aku dah mula nak tau pasal peribadi dia)

M: Angguk jer

B : "Huh baru kejer sini sebagai tukang angkat barang dah sombong!!" (dalam hati jugak)-mungkin dia malas nak bercakap sebab letih wat kejer kot

Then aku mula terpikir mungkin mamat nih bukan orang malaysia kot....aku pun mula la tanya dalam BI....Where are you from???

hah barulah mamat nih bukak mulut

MYANMAR!!!

lor baru aku realize.......dia tak sombong cuma tak paham apa yang aku tanya..patutlah dia asyik angguk jer setiap soalan aku...dah 7 bulan kejer kat malaysia,taktau cakap melayu,umur 22 tahun, sempat jugak aku interview dia masa dia upload barang ke dalam kete aku...Series beb muka sebijik cam budak melayu!!!



Aku cuba carik kat mana bangsa aku nih...at last aku jumpa jugak....jaga palang masa nak kuar dari parkir basement...Hah!!! there you are!!!!





PS:Aku sendiri pun makan gaji,....pendapatan bulanan tak cecah 2k pon.....Alhamdulillah!!!



Adios!!!

Syurga bapak ku?

Huish best gak citer nih aku amik dari e mel...sapa lah yang wat citer nih..

Tersebutlah kisah seorang ustaz telah mengajar
> kepada muridnya bahawa syurga itu di bawah tapak
> kaki ibu.
>
> Lalu murid itu yang masih tidak faham dengan
> apa yang dimaksudkan dengan guru tersebut
> ingin mencari syurga tersebut.
>
> Pada satu malam apabila ibunya telah tidur ia pun
> mencari secara senyap-senyap tanpa pengetahuan
> ibunya.
>
> Tapi malangnya ia masih tidak berjumpa
> dengan syurga yang dimaksudkan oleh ustaz
> tersebut lalu ia pun terus mencari sehingga di
> dalam kain ibunya.
>
> Perbuatan tersebut telah disedari oleh ibunya
> lalu ia pun menceritakan mencari syurga di bawah
> tapak kaki ibu tersebut.
>
> Budak tersebut pun bertanya;
>
> "Ibu apakah syurga yang saya lihat ada dalam kain
> ibu?"
>
> Ibunya pun menjawab;
> "Itu bukan syurga engkau, itu syurga bapak kau"

Tak berpuas hati dengan jawapan ibu, budak itu pun pergi bertanya pulak bapak dia yang sedang tidur kat beranda.
Bapak, betuikah syurga bapak ada dalam kain ibu?
Bapak dia jawab, Syurga apa pulak?
Syurga bukannya semak berdehau macam utan....Pi cakap kat Mak kau, syurga tue mengalir di dalamnya sungai-sungai, lapang, wangi dan bersih....kih kih kih!



PS : Jangan wat main pasal syurga weih!!!


Adios!!!

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Semalam 21 Jun 09 Hari Bapa di sambut di seluruh Malaysia

Call ayah yang tercinta...

B : "Assalamualaikum ayah...."

AB : "W salam dan Selamat Hari Bapa untuk anak ayah dulu !"

B: "Wah! sepatutnya ayah yang terima ucapan tu dulu tapi dah terbalik plak"

AB : "Takper la sama ajer"

B : "Okey ayah selamat hari bapa dan thanks untuk segala pengorbanan ayah selama ini
untuk saya dan semoga dipanjangkan lagi umur dan sihat selalu hendaknya dan saya
sayang sangat dengan ayah. jaga diri dan kesihatan yer"

Rasa sedih dan pilu masa aku cakap benda tu mungkin terlalu menyayangi bapak aku...masih ada ungkapan yang tak terkeluar dari mulut aku.Tak mampu nak keluarkan takut air mata berjujuran..

perbualan berakhir tidak lama selepas itu.....

Then aku realize orang tua tu dah menjangkau usia lebih separuh abad.......masih lagi mencari rezeki untuk hidup.....menjadi bilal di masjid.....

dan ayah...mengertilah bahawa aku sentiasa menyayangi dirimu.

Ayah!!!!!!!!!!!!!


Mohd Yusof Md Said
R/F:52538



PS:Kadang tak terungkap dengan kata-kata apabila kita menyayangi seseorang itu...tapi aku yakin, ayah dapat rasa yang aku sayang sangat kat dia....I Love You Dad!!!
Lupa nak bagitau :

B = Blogger
AB = Ayah Blogger




Adios!!!!!

Thursday, June 18, 2009

BMI = Badan Manyak Isik

Ada "Fight Obesity Campaign"

Nak kena measure berat, tinggi, pinggang, BP - Blood Preasure. Refer to pic below

Suddenly the result that make me terkejut sebab lama dah tak kira benda nih is my BMI is 27 something lor.FYI untuk BMI yang normal adalah 25 tu kira cantek lah tu....kalau kes aku 27 tu aku dah masuk kategori berlebihan berat badan...belum obesiti lagi la

And my waist also membesar...alamak patut la suar jeans branded aku banyak dah tak muat, ingatkan suar tu dah mengecut!!!!

Nak kena wat schedule untuk kuruskan badan plak

berjayakah aku?mari kita sama2 nantikan




PS: meh aku kasik tau ilmu sikit cara pengiraan BMI.dapatkan ukuran tinggi (dalam meter) dan berat korang lepas tu bahagikan berat korang dengan tinggi tu then bahagi lagi tinggi korang.nak tau jadual BMI korang leh google jer kat tenet...semoga anda berjaya mengekalkan berat ideal anda





Adios!!!

Tuesday, June 16, 2009

Reserve or Reverse?

Boring2 kat opis terbelek gambar lama dalam simpanan aku...

Gambar nih aku amik masa nak dapatkan air RO dari mesin air yang dipasang di kedai berhampiran umah aku...

Sambil tunggu air tu sambil tu baca then terbacalah benda ni....








PS : Ejaan salah pon orang tetap tuang air kat dalam botol...Air tu memang RO ke? ntah2 kat dalam tu air paip biasa kot?entahlah...



Adios!!!!

Penjawat awam di larang sembang menggunakan internet

Penjawat awam dilarang sembang guna Internet

KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam di negara ini dilarang melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet termasuk aktiviti sembang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan dan ia boleh dicapai di laman web www.mampu.gov.my.

and bla bla bla.....

Dipetik oleh blogger dari kosmo online

Garis Panduan mengenai Tatcara Penggunaan Internet dan Mel elektronik?

wah wah wah sekarang nih ada tatacara pulak nak guna internet kat opis yerk?

berpakaian sopan dan menutup aurat ketika mengadap komputer, tidak makan atau minum ketika menggunakan komputer, jangan korek hidung sebelum memegang papan kekunci atau tetikus, jangan tampal sebarang notis pada monitor dan macam-macam lagi la.

Apa sebenarnya yang akan diperolehi pasal larangan tersebut? apa yang pihak kerajaan nak dari penjawat awam?dan apa hasil bagi sesebuah organisasi?

Lazimnya semua orang tahu apa yang akan kita perolehi ketika berurusan dengan Jabatan Kerajaan nih dan berapa masa yang diambil untuk pemprosesan bagi satu satu permohonan.Bila ada urusan nak kena pegi jabatan kerajaan mesti rasa berat jer.Adakah dengan tindakan sebegitu dapat memperbaiki rekod tersebut? sama-sama lah kita nantikan....


PS: Aku rasa kalau ko kuar tatacara apa sekalipun benda macam nih susah nak sekat...terpulang pada individu yang menggunakannya.



Adios!!!

Ceramah atas stage belakang main konda kondi

Seperti yang kita sedia maklum ada sorang ustadz nih rumahtangganya sedang bergolak.Sedih betul aku sebab memang aku minat habis lah dengan ustadz nih.
Selalu ceramah dia aku dengar (mostly kat dalam youtube lah) ceramah dia memang best..kelakar dan banyak nasihat yang diberikan dan yang paling hebat nama anak aku pun aku ambil bersempena dengan nama dia...

terkejut aku bila terpampang muka depan salah satu akhbar tempatan menulis si isteri menuntut fasakh dari si ustadz...

sebelum nih ada aku dengar gossip yang menyatakan ustadz nih ada skandal dengan sorang artis nasyid wanita yang cun melecun.Dan aku dengan yakinnya meyatakan yang perka itu hanya gossip semata-mata nak menjatuhkan ustadz tersebut.Namun setelah apa yang tersiar dalam akhbar berkenaan dengan tuntutan fasakh isteri ustadz nih aku mula ragu.kalau tiada angin manakan pokok boleh bergoyang kan?

rentetan dari itu aku adalah singgah kat satu web nih dalam tu ada gambar si ustadz nih dengan artis tersebut somewhere dekat tepi pantai lah berempat, dua jantan dan dua wanita termasuk ustadz dan skandalnya.

Persoalannya, macam mana seorang yang bergelar ustadz nih yang sudah pun berkahwin boleh ada kat tepi pantai...mesra dan amat mesra dengan wanita yang bukan muhrim tanpa ikatan sah.pada aku kalau gambar tersebut melibatkan orang yang bukan bergelar ustadz tu biasa lah.Masalahnya dia seorang ustadz yang ceramahnya menjadi panduan dan tauladan serta penuh dengan dalil2 dan sebagainya.Itu dah dikira melampau.

Dan yang menjelekkan lagi seorang wanita yang bersama dengan mereka tu pulak berpakaian amatlah seksi shingga hampir mendedahkan 2 buah gunung yang ada pada tubuh badannya.Come on lah ustadz takkan dalam ceramah sindir orang tapi depan mata diamkan ajer?

Aku cuba nak pikirkan yang positif jer pasal gambar tu yer la bak kata orang jangan berprasangka buruk kan?tapi tak bolehlah...seolah-olah gambar tu dan menerangkan segalanya pada aku....respek aku pada ustadz tu dah mula hilang.

Aku respek kat dia sebab perubahan pada dirinya dari seorang penyanyi kumpulan rock kepada seorang ustadz.tapi skang? macam nak jadik rock balik jer....ataupun lagi teruk? entahlah

Aku selitkan kat sini satu link dari youtube video masa ustadz nih menyanyi dalam kumpulan D'Riyadh >>>>>
http://www.youtube.com/watch?v=M7GdS0Xw-nY



PS : Isteri ustadz nih memang lawa aku rasa lagi lawa dari penyanyi nasyid wanita tu

Register Broadband

Tadik masa balik kerja g pasaraya Bintang BBB. Nak register Broadband

Memang mudah

1. Terus pergi kaunter then cakap kat amoi yang jaga kaunter tu nak register broadband internet

2. Amoi tu tanya lebih kurang then check status akaun yang dah sedia ada sebab talian telefon aku pon aku langgan telco yang sama

3. Amoi mintak IC and driving license....wah nak bukak akaun broadband pon kena ada driving license erk?

4. Isi borang, nama, alamat, tandatangan.

5. Upacara penyerahan modem dilakukan-amoi terangkan pasal modem yang 98%nyer aku dah tau

6. Settle!!!

Dapat modem dengan girangnya aku nak balik rumah sebab tak sabar2 nak update blog aku nih

Balik rumah plugin modem and then yuhu dah bertenet dah...


memang hebatlah


Thanks to amoi yang memberi layanan mesra kat aku n wife...semoga u menjadi pekerja cemerlang......



Adios!!!

Bersiaran dari rumah

Aku buat pertama kalinya ada internet kat rumah aku sendiri (aku sewa)

Setakat ni signal untuk broadband amat memuaskan nafsu...ehehe

Sambil blog sambil download

Thanks abanglong coz memperkenalkan benda alah yang best giler nih kat aku.



Adios!!

Pertama setelah 2 tahun menyepi

Maaf bagi semua yang pernah singgah pada blog aku nih....
bukan apa takder idea nak letak apa setelah 2 tahun aku sepi maka bermula lah kembali waktu mengarang aku.....

Hari nih cadangnya nak masukkan tenet kat umah(skang kat opis) somewhere area bangi lama lah

Abang ipar aku ada pakai modem broadband dari Telco M***S. aku dah experience pakai kat umah dia so far ok lah.Satu kelebihan padanya yang membuatkan aku tertarik untuk melanggan adalah tak ada line telefon yang diperlukan untuk menggunakannya maksudnya macam telefon talian tetaplah.speed so far ok (aku tak ingat speednya) nak download pon laju. So, hari nih aku nak g ushar lah kat mana bleh aku register.

Bermula dari saat ini aku akan cuba mengupdatekan blog aku yang simple mimple ni dengan bermacam benda.Biasaklah aku mamat IT beb so isi kandungannya lebih kepada komputer lah kot....


Adios!!!!!