Monday, April 23, 2007

Manusia yang mendapat doa dari malaikat

ps:dipetik dari e mel
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba
hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini) Semoga bermenfaat!

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.
Amin, ya Rabbal A'lamin.

MasyaAlllah, Maha Besar Allah

Pada suatu hari, bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.
Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut. WALLAH HUALAM,Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm......

Monday, April 16, 2007

anda sayang pada Nabi Muhammad s.a.w? baca dan nilaikanlah diri anda camner

PS:Amik dari e mel untuk bacaanyang berguna..hayatilah

Adakah engkau sayang Nabi engkau?
Sayangkah engkau pada Nabi engkau?
Jauh sekali perkataan cinta..
Kalau engkau sayang, apa tandanya engkau sayangkan Nabi engkau?
Engkau dengar tak cakap Nabi engkau?
Engkau buat tak apa yang Nabi suruh?
Engkau ikut tak amalan dan perbuatan dan tingkah laku yang Nabi buat?
Atau engkau pura-pura semata-mata demi dunia
Atau engkau tipu diri dan orang lain semata-mata demi nafsu besar engkau

Cukup tak selawat engkau setiap hari atau Jumaat, hari khas orangIslam ?
Sedangkan 100 selawat ke atas baginda besar fadilatnyaAllah beri 70 kebaikan di akhirat dan cukupkan permintaan engkau dengan 30 kebaikan atas dunia

Adakah engkau sayangkan teman wanita engkau?
Adakah engkau sayangkan teman lelaki engkau?
Sayangkah atau cintakah engkau pada kekasih engkau?
Kalau engkau sayangkan dia, apa yang kau beri padanya?
Cinta? Wang Ringgit? Harta dunia? Tubuhmu?
Engkau perempuan, kenapa engkau masih menayangkan auratmu?
Kenapa pakaianmu umpama telanjang?
Kenapa pendek, singkat.. berseluar ketat..berbekas seluar dalammu
nyata malah berskirt pendekKenapa bajumu ketat, nampak dada, nampak pusat
Tapi engkau pakai tudung?
Tapi engkau sembahyang?
Sedangkan sembahyang itu mencegah diri daripada perbuatan mungkar
Nyatanya sembahyangmu itu cacat dan rosak
Sembahyangmu itu umpama kain buruk dilempar ke mukamu oleh Malaikat
Tak malukah engkau pada Nabimu?
Tak malukah engkau pada orang tuamu?
Tak malukah engkau pada Allah tuhanmu?
Kenapa engkau tak sembahyang dengan pakaian itu aje?
Tak tahukah engkau siksa kubur menanti engkau?
Tak tahukah engkau dilaknati Allah, Nabi dan Malaikat.
Kan Nabi benci perempuan yang berpakaian jarang lagi ketat persistelanjang
Engkau lelaki, kenapa engkau masih tak sembahyang?
Kenapa engkau tidak memikul tanggungjawab sebagai khalifah bumi?
Kenapa engkau gila pada dunia?
Kenapa engkau lupa yang engkau kena pikul tugas kerja engkau?
Kenapa engkau hisap rokok?
Kenapa engkau makan dadah?
Kenapa engkau bodoh makan rasuah?
Kenapa engkau gila arak dan judi?
Kenapa engkau buat zina?
Tapi engkau kadang-kala sembahyang
Atau langsung tak pernah sembahyang
Amanah agama engkau pada diri engkau?
Amanah engkau pada ibu bapa, isteri dan anak engkau?
Amanah engkau agar mencintai Al-quran dan Hadis Nabi?
Amanah engkau supaya berlembut dengan manusia dan ahli keluarga?
Amanah engkau mendidik mereka bukan dalang kejahatan?
Amanah engkau menjadikan mereka manusia bertaqwa?
Kenapa engkau tak laksanakan
Tak malukah engkau pada Nabimu?
Tak malukah engkau pada orang tuamu?
Tak malukah engkau pada Allah tuhanmu?
Apa yang engkau rasa?
Tak tahukah engkau siksa kubur menanti engkau?
Tak tahukah engkau soal jawab lebih ketat dari Penjara Guantanamao?
Tak tahukah 7 matahari di Padang Mahsyar memanah terik sejengkal dikepala?
Tahu tak engkau Allah terlalu marah pada hari itu nanti...Sedangkan Nabi Muhammad kekasih AllahSama juga engkau punyai kekasih hatiSayangkah engkau pada kekasihmu itu?

Tapi jauh bandingan kecintaan Allah pada kekasihNya Nabi Muhammad itu.Justeru itu, apakah caranya engkau menyayangi Nabi Muhammad?
Adakah engkau mahu meninggalkan kejahatan dan kebodohanmu itu?
Adakah engkau mahu menyatakan ' aku cinta padamu Rasulullah'Tunjukkan buktimu dulu sebelum engkau menyatakan perkataan ituTunjukkan penyesalan dan tangis serta malumu itu kepada Baginda..Aku malu padamu Wahai RasulullahAku ingin bertemu denganmu Wahai RasulullahAku rindu padamu HabibullahAku ingin berlari menju kepadaMuAku telah jauh sesat Wahai NabikuAku ingin kembali kepada fitrah AllahAku ingin Nur Allah memenuhi jiwa ragakuAku ingin hidayah terus menerus dalam jasadkuAku menyesal dengan segala perbuatanku Wahai Kekasih AllahAku ingin mengingati DiriMu setiap masa dan ketika dan selamanyaTerimalah Aku Ya Allah..Maulud = HariMenyambut bayi lahirMaulid = Hari mengingati kelahiran (Birthday date)

aku ada software games motorola v3xxx

aritu v3xx aku ni aku hack bagai nak giler coz aku boring dgn spec yang dia ada..
antara yang paling aku menyampah, memori sms dia hanyalah pad sim kad...boring siot..
dah la aku pakai sim kad maxis yang lama.lepas tu leh simpan 10 messej jer...aku pun apa lagi hack lah.....lepas tu sampai satu tahap,...fon aku sasau...bila onn jer dia tulis insert sim..padahal aku dah masukkan sim card kat dalam tu..aku ingatkan sim card rosak, tapi bila tukar sim pun dia jadik camtu gak....cuak beb..v3xxx aku baru beli kat low yatt uhuhuh baru pakai sebulan dah rosak...mender ar!!!! lepas tu aku cuba antar repair kat kedai fon berhampiran, tapi gagal sampai lah ke 3 4 kedai aku repair pun gagal jugak...last sekali aku repair sendiri....wahaha
aku malas nak citer kat dalam ni caner aku wat tapi motorola v3xxx nih ada satu rahsia masa startup...saper2 yang ada masalah cam aku leh contact aku kat zackadrey@gmail.com itupun kalau anda sayang kat fon anda lah...alhamdulillah..skang fon aku yang v3xxx tu dah guna memori untuk sms kat dalam fon...skang aku tak risau lagi dah pasal sms sebab memori fon aku built in 64mb yuhu!!!!


ps: aku ada beberapa java games yang boleh download kat dalam fon korang(motorola v3x) kalau nak kontek ar kat mel aku tu..insyaallah aku bantu.

amalkan yang ini aku dah buat..alhamdulillah berkesan

P.S.: amik dari E - mel
Penawar di kala kepenatanBagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggilinggandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah diadan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak danmenantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak iadiajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkanmata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidupsehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Nak watper mandi malam dan minum ais? hah bacer nih

Berikut adalah penjelasan bagi kes mandi malam.
ps:aku petik dari e mel yang aku dapat dari kengkawan, sila baca untuk pengetahuan semua

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.

Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.
Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.
Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Dengan ini dirumuskan bahawa:-MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru

Renungan

Bismillahir Rahmanir Rahiim.
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.
Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??..Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua. Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam." "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya." "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering." Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. 3) Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.1) Apabila dahi nya berpeluh. 2) Airmatanya berlinang.3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.~ kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Sunday, April 15, 2007

saham?duit?halal?haram?kaya?miskin?

hari tu aku ada terjebak dengan satu saham multilevel yang di layangkan pada aku oleh kengkawan....masa tu plak aku tengah sengkek dan berminat sangat nak dapatakan duit lebih...sebelum tu sepupu kamcing aku ada la termasuk kat dalam swish cash...dia dok racun aku supaya masuk sekali...aku tak berapa berminat la sebab sebenarnya aku takut nak join...aku diam kan ajer

lepas tu tak lama kemudian aku dapat lagi satu berita pasal saham jugak la....nama web nyer....***lica*****.com.....pada mereka yang biasa dengan benda nih memang dah jangka website aper sebenarnya tu.....aku ni pulak bab mengira duit ni memang lambat pickup beb...ntahla...ada sorang mamat ni masa tu aku jumper dier kat area Downtown KLIA.

Dia kata benda ni menarik dan terangkan kat aku....aku pun layan la...pada mulanya citer dier aku tak paham sebab berbelit-belit beb...yang aku dapat tangkap cuma kalau labur RM 380 dalam masa 100 hari leh dapat balik RM 820 la lebih kurang...aku pun dah lupa dah....kebetulan pulak masa tu sepupu aku yang dah join swisscash ni ader sekali....dia memang paham sangat la benda-benda macam ni......

saham ni setakat yang aku tau dia berasaskan internet,....kalau mengikut ceriter kat dalam website nih kalau korang kunjung, dia cakap duit ni di laburkan ke beberapa tempat yang boleh mendatangkan hasil.......contohnyer perniagaan emas dan juga silver..wah!!!!! hebat beb...duit tu pulak yang kita laburkan hasilnya akan kita dapat tiap2 hari....dan matang dalam hanya masa 100 hari sahaja...hah bayangkan lah...kalau dulu aku masuk ASB siap wat loan ngan Maybank lagi nak dapatkan 7-9% setahun pun nak kena tunggu sampai 12 bulan beb itu belum aku kira interest tahunan maybank lagi..ini dalam masa 100 hari jer.....pelik tak?kalau ikut skim yang aku masuk ni (yang lain pun sama kot), keuntungan yang diperolehi sehari plak adalah 2.25%..maknanya dalam masa 100 hari akan dapat pulangan 225% tau!!! banyak tu....so dek kerana keyakinan dan pengetahuan yang tak seberapa nih, aku pun join lah..duit saper yang tak nak? kan?


dipendekkan citer, aku cuba melabur RM 1900 dari duit yang simpan berdikit-dikit dengan harapan dia akan beranak jadik banyak....proses dia camni aku bagitau..memula aku masukkan sejumlah wang tu ke dalam satu akaun maybank yang bernama si polan dengan nilai sebanyak itu lah....aku pun tak kenal saper mamat tu...tapi aku percaya kat upline aku yang tolong aku register kat dalam website tu...ok lepas tu jugak aku dgn upline aku nih terus bergegas ke Cyber Cafe yang berhampiran (Kat Nilai) untuk nak edit maklumat aku dalam website tu...

Sampai kat Cyber Cafe tu si upline aku ni pun telefon dengan si mamat yang aku masukkan duit tu (aku gelarkan kan dia Trader). Dalam hanya beberapa minit aku dah boleh log in kat dalam website tu melalui no ID dan temporary password yang diberikan oleh trader nih...hebat!!!! laju giler......seronok lah aku...dari RM 1900 yang aku masukkan tu aku dah ada 3 akaun dengan 3 ID yang berlainan.Ini kerana RM 1900 tu bersamaan dengan 500USD,si upline aku ni plak ajar untuk nak dapatkan income harian yang lebih, kena di bahagikan kepada 3 akaun di mana masing-masing 200 dan satu akaun 100 totalnyer 500..alah tak paham pun takper tak ruginyer..yang aku tau masa tu duit yang aku bank in kan tu memang nampak kat dalam sistem(dalam sistem jerla)...

pada mulanya perkara ni berjalan dengan baik dan tiada masalah...aku pun dengan niat ingin membantu mereka yang aku kenal ni dapatkan pendapatan lebih, aku pun citer la kat diorang...hasilnya,bawah aku ada dah beberapa orang yang masuk.jadinya aku dah jadik upline dan aku ada downline..untuk pengetahuan korang, kalau aku dapat carik ramai orang kat bawah aku, lagi banyak la untungnya sebab aku akan dapat bonus. ye lah tolong carikkan orang.

selang beberapa hari aku dapat panggilan dari upline aku mengatakan kalau aku nak jumpa trader ni tadik bleh la join dia sekian sekian haribulan di de palma ampang...aku tanpa pikir panjang, setuju lah dan malam tu aku pergi de palma dengan upline aku dan beberapa member upline aku yang dah sedia masuk atau yang baru nak masuk.

bayangkanlah dari nilai pegi ke ampang semata-mata nak jumpa si trader sebab nak tau lebih lanjut pasal saham ni.malam tu trader ni buat macam seminar la untuk menerangkan lebih lanjut pasal saham ni..dalam meeting room yang di sewa oleh si trader nih pulak dah ada bebrapa orang yang datang awal dari aku...usia yang bercampur-campur.ada yang umur 50an ada yang 40an..namun yang pastinya plak aku antara yang termuda dikalangan mereka..bangga la jugak kan masa tu.....

lepas jer pada perjumpaan tu si trader ni pun bawak beberapa orang yang berkelapangan ni ke restoran mamak berdekatan untuk nak belanja makan..aku antara salah sorang yang join sebab masa tu aku lom pk nak balik lagi..yang aku pk hanyalah makan!aku jumper lah si trader nih...erm org pantai timur yang celotehnya dan loghatnyer masih lagi pekat dan pahit....tapi nasib baik aku ni pernah idup kat belah saner lebih kurang 6 tahun, so aku dah biasa dah dengan loghat dier tu......dier punyer citer alamak meletup-letup siot!!!!!! punyerlah...aku layankan ajer sebab masa tu aku tgh layan nescafe tarik bersama dengan nasik goreng pattaya....yum yum...

masa pun berlalu...............aku sempat kuarkan duit beberapa ratus sehingga lah aku berjaya mengumpulkan semula modal aku yang telah di laburkan tu....kemudian sehinggalah ke suatu hari,keluarlah satu berita di televisyen bahawa satu akuan sorang mamat nio telah di bekukan yang berjumlah beberapa juta di sebabkan skim yang berasaskan iternet nilah.....cuak aku.lalu aku call si trader ni nak pastikan yang mamat tu bukan dia..dan dia dengan confidentnyer menerangkan bahawa skim yang aku masuk ni adalah skim yang selamat...wah lega.

tak lama lepas tu pulak terdapat satu berita yang mengatakan bahawa saham ni sebenarnya adalah saham yang haram di sisi islam kerana berkaitan dengan fixed deposit di mana benda ni jelas adalah riba...alamak!!!!!camner nih? aku dah join dan duit tu pun aku dah pakai wat makan sikit........uhuhuhu sedey ar....takper lagi...aku still melawat dan menyaksikan pertambahan duit aku dalam website tu...kemudian si trader plak wat hal....

pada permulaan penyertaan aku ke skim ni, kalau aku nak pakai duit aku call atau sms jer trader ni dan transfer jumlah (kalau kat dalam ni di panggil ROI) ke akaun dier..urusan ni berlaku di dalam sistem.kemudian trader ni akan check dan akan convert ROI tu ke dalam RM..ok contohnya katakanlah akau ada ROI 250USD,so dia akan convert jumlah tu dengan RM3.5 dan masukkan ke dalam akaun aku...jadi jumlahnya aku akan dapat RM 875.00.dalam masa satu malam jer prosesnya.memang aku dapat!!!! seronok siot...pada awalnya dia convert dengan 3.5, tak lama lepas kejatuhan USD kat Malaysia nih, dia ambik 3.4...dan pelbagai masalah lagi timbul sehingga lah sekarang nih duit yang aku cuba nak kuarkan masih lagi aku belum dapat sampai sekarang...masuk nih dah dekat seminggu,....aku malas nak call trader tu dah sebab kadang2 tak angkat, tak dapat dan kalau dapat pun dia ada banyak alasan.....ntahla

aku tanya gak upline aku yang tolong aku aritu,,....dia pun alami masalah yang sama gak cam aku.....erm....so itu lah citer nyer...

jadik kat sini aku nak pesan pada mereka yang cuba nak menjinakkan diri ke dalam kancah saham internet ni supaya fikirlah berulang kali sebelum menyertai..lagipun mufti perlis pun dah kuar fatwa bahwa mender ni haram.....jadik kita sebagai umat islam ni jauhkan lah diri dari perkara-perkara yang haram ni...jangan jadik cam aku...aku dah rasa berdosa pada diri aku sendiri dan kengkawan...cuma aku harapkan Allah ampunkan dosa2 aku yang dah aku lakukan..insyaallah lepas nih aku kena fikir panjang dan amik kira sudut islam jugak sebelum menyertai benda sebegini


sebenarnya banyak lagi citernyer pasal bender nih...kalau sesaper yang nak tau lanjut atau nak sembang lanjut, e mel kan ajer pertanyaan korang kat aku zackadrey@gmail.com maner yang aku rasa leh terangkan tu aku terangkan lah....maner yang takleh aku diakan ajer....