Sunday, April 15, 2007

saham?duit?halal?haram?kaya?miskin?

hari tu aku ada terjebak dengan satu saham multilevel yang di layangkan pada aku oleh kengkawan....masa tu plak aku tengah sengkek dan berminat sangat nak dapatakan duit lebih...sebelum tu sepupu kamcing aku ada la termasuk kat dalam swish cash...dia dok racun aku supaya masuk sekali...aku tak berapa berminat la sebab sebenarnya aku takut nak join...aku diam kan ajer

lepas tu tak lama kemudian aku dapat lagi satu berita pasal saham jugak la....nama web nyer....***lica*****.com.....pada mereka yang biasa dengan benda nih memang dah jangka website aper sebenarnya tu.....aku ni pulak bab mengira duit ni memang lambat pickup beb...ntahla...ada sorang mamat ni masa tu aku jumper dier kat area Downtown KLIA.

Dia kata benda ni menarik dan terangkan kat aku....aku pun layan la...pada mulanya citer dier aku tak paham sebab berbelit-belit beb...yang aku dapat tangkap cuma kalau labur RM 380 dalam masa 100 hari leh dapat balik RM 820 la lebih kurang...aku pun dah lupa dah....kebetulan pulak masa tu sepupu aku yang dah join swisscash ni ader sekali....dia memang paham sangat la benda-benda macam ni......

saham ni setakat yang aku tau dia berasaskan internet,....kalau mengikut ceriter kat dalam website nih kalau korang kunjung, dia cakap duit ni di laburkan ke beberapa tempat yang boleh mendatangkan hasil.......contohnyer perniagaan emas dan juga silver..wah!!!!! hebat beb...duit tu pulak yang kita laburkan hasilnya akan kita dapat tiap2 hari....dan matang dalam hanya masa 100 hari sahaja...hah bayangkan lah...kalau dulu aku masuk ASB siap wat loan ngan Maybank lagi nak dapatkan 7-9% setahun pun nak kena tunggu sampai 12 bulan beb itu belum aku kira interest tahunan maybank lagi..ini dalam masa 100 hari jer.....pelik tak?kalau ikut skim yang aku masuk ni (yang lain pun sama kot), keuntungan yang diperolehi sehari plak adalah 2.25%..maknanya dalam masa 100 hari akan dapat pulangan 225% tau!!! banyak tu....so dek kerana keyakinan dan pengetahuan yang tak seberapa nih, aku pun join lah..duit saper yang tak nak? kan?


dipendekkan citer, aku cuba melabur RM 1900 dari duit yang simpan berdikit-dikit dengan harapan dia akan beranak jadik banyak....proses dia camni aku bagitau..memula aku masukkan sejumlah wang tu ke dalam satu akaun maybank yang bernama si polan dengan nilai sebanyak itu lah....aku pun tak kenal saper mamat tu...tapi aku percaya kat upline aku yang tolong aku register kat dalam website tu...ok lepas tu jugak aku dgn upline aku nih terus bergegas ke Cyber Cafe yang berhampiran (Kat Nilai) untuk nak edit maklumat aku dalam website tu...

Sampai kat Cyber Cafe tu si upline aku ni pun telefon dengan si mamat yang aku masukkan duit tu (aku gelarkan kan dia Trader). Dalam hanya beberapa minit aku dah boleh log in kat dalam website tu melalui no ID dan temporary password yang diberikan oleh trader nih...hebat!!!! laju giler......seronok lah aku...dari RM 1900 yang aku masukkan tu aku dah ada 3 akaun dengan 3 ID yang berlainan.Ini kerana RM 1900 tu bersamaan dengan 500USD,si upline aku ni plak ajar untuk nak dapatkan income harian yang lebih, kena di bahagikan kepada 3 akaun di mana masing-masing 200 dan satu akaun 100 totalnyer 500..alah tak paham pun takper tak ruginyer..yang aku tau masa tu duit yang aku bank in kan tu memang nampak kat dalam sistem(dalam sistem jerla)...

pada mulanya perkara ni berjalan dengan baik dan tiada masalah...aku pun dengan niat ingin membantu mereka yang aku kenal ni dapatkan pendapatan lebih, aku pun citer la kat diorang...hasilnya,bawah aku ada dah beberapa orang yang masuk.jadinya aku dah jadik upline dan aku ada downline..untuk pengetahuan korang, kalau aku dapat carik ramai orang kat bawah aku, lagi banyak la untungnya sebab aku akan dapat bonus. ye lah tolong carikkan orang.

selang beberapa hari aku dapat panggilan dari upline aku mengatakan kalau aku nak jumpa trader ni tadik bleh la join dia sekian sekian haribulan di de palma ampang...aku tanpa pikir panjang, setuju lah dan malam tu aku pergi de palma dengan upline aku dan beberapa member upline aku yang dah sedia masuk atau yang baru nak masuk.

bayangkanlah dari nilai pegi ke ampang semata-mata nak jumpa si trader sebab nak tau lebih lanjut pasal saham ni.malam tu trader ni buat macam seminar la untuk menerangkan lebih lanjut pasal saham ni..dalam meeting room yang di sewa oleh si trader nih pulak dah ada bebrapa orang yang datang awal dari aku...usia yang bercampur-campur.ada yang umur 50an ada yang 40an..namun yang pastinya plak aku antara yang termuda dikalangan mereka..bangga la jugak kan masa tu.....

lepas jer pada perjumpaan tu si trader ni pun bawak beberapa orang yang berkelapangan ni ke restoran mamak berdekatan untuk nak belanja makan..aku antara salah sorang yang join sebab masa tu aku lom pk nak balik lagi..yang aku pk hanyalah makan!aku jumper lah si trader nih...erm org pantai timur yang celotehnya dan loghatnyer masih lagi pekat dan pahit....tapi nasib baik aku ni pernah idup kat belah saner lebih kurang 6 tahun, so aku dah biasa dah dengan loghat dier tu......dier punyer citer alamak meletup-letup siot!!!!!! punyerlah...aku layankan ajer sebab masa tu aku tgh layan nescafe tarik bersama dengan nasik goreng pattaya....yum yum...

masa pun berlalu...............aku sempat kuarkan duit beberapa ratus sehingga lah aku berjaya mengumpulkan semula modal aku yang telah di laburkan tu....kemudian sehinggalah ke suatu hari,keluarlah satu berita di televisyen bahawa satu akuan sorang mamat nio telah di bekukan yang berjumlah beberapa juta di sebabkan skim yang berasaskan iternet nilah.....cuak aku.lalu aku call si trader ni nak pastikan yang mamat tu bukan dia..dan dia dengan confidentnyer menerangkan bahawa skim yang aku masuk ni adalah skim yang selamat...wah lega.

tak lama lepas tu pulak terdapat satu berita yang mengatakan bahawa saham ni sebenarnya adalah saham yang haram di sisi islam kerana berkaitan dengan fixed deposit di mana benda ni jelas adalah riba...alamak!!!!!camner nih? aku dah join dan duit tu pun aku dah pakai wat makan sikit........uhuhuhu sedey ar....takper lagi...aku still melawat dan menyaksikan pertambahan duit aku dalam website tu...kemudian si trader plak wat hal....

pada permulaan penyertaan aku ke skim ni, kalau aku nak pakai duit aku call atau sms jer trader ni dan transfer jumlah (kalau kat dalam ni di panggil ROI) ke akaun dier..urusan ni berlaku di dalam sistem.kemudian trader ni akan check dan akan convert ROI tu ke dalam RM..ok contohnya katakanlah akau ada ROI 250USD,so dia akan convert jumlah tu dengan RM3.5 dan masukkan ke dalam akaun aku...jadi jumlahnya aku akan dapat RM 875.00.dalam masa satu malam jer prosesnya.memang aku dapat!!!! seronok siot...pada awalnya dia convert dengan 3.5, tak lama lepas kejatuhan USD kat Malaysia nih, dia ambik 3.4...dan pelbagai masalah lagi timbul sehingga lah sekarang nih duit yang aku cuba nak kuarkan masih lagi aku belum dapat sampai sekarang...masuk nih dah dekat seminggu,....aku malas nak call trader tu dah sebab kadang2 tak angkat, tak dapat dan kalau dapat pun dia ada banyak alasan.....ntahla

aku tanya gak upline aku yang tolong aku aritu,,....dia pun alami masalah yang sama gak cam aku.....erm....so itu lah citer nyer...

jadik kat sini aku nak pesan pada mereka yang cuba nak menjinakkan diri ke dalam kancah saham internet ni supaya fikirlah berulang kali sebelum menyertai..lagipun mufti perlis pun dah kuar fatwa bahwa mender ni haram.....jadik kita sebagai umat islam ni jauhkan lah diri dari perkara-perkara yang haram ni...jangan jadik cam aku...aku dah rasa berdosa pada diri aku sendiri dan kengkawan...cuma aku harapkan Allah ampunkan dosa2 aku yang dah aku lakukan..insyaallah lepas nih aku kena fikir panjang dan amik kira sudut islam jugak sebelum menyertai benda sebegini


sebenarnya banyak lagi citernyer pasal bender nih...kalau sesaper yang nak tau lanjut atau nak sembang lanjut, e mel kan ajer pertanyaan korang kat aku zackadrey@gmail.com maner yang aku rasa leh terangkan tu aku terangkan lah....maner yang takleh aku diakan ajer....

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Clearly, many thanks for the help in this question.