Monday, August 31, 2009

Hadiah Kemerdekaan

Semalam sambutan ke 52 kemerdekaan negara.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Pemimpin teratas lantang melaungkan slogan.Malah tiap-tiap hari pergi kerja aku nampak papan iklan besar kat tepi highway yang memaparkan slogan tersebut.Kat papan iklan tu ada banyak wajah manusia yang tersenyum dan pelbagai bangsa.Bagus!!!

Aku cari maner lah tau kot-kot ada muka aku kat situ kan...tapi aku rasa takder kot sebab aku nih tak terlibat secara langsung dengan orang yang membikin iklan tu.Kalau muka aku ada kat situ sudah semestinya aku mintak royalti!!!

Secara otomatiknya aku akan ingat slogan tu tiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja.

Dan.....pagi ni aku sendiri terkejut dengan satu berita yang aku dengar dari DJ radio HOT FM....satu hadiah yang kerajaan berikan pada kita semua...

RON 95 - dinaikkan harga sebanyak RM 0.5 sen seliter berkuatkasa hari ni (1 September 2009) menjadikan harganya RM 1.80 sen seliter berbanding harga tterdahulu iaitu RM 1.75 sen seliter.

RON 97 - juga dinaikkan harganya dari RM 1.80 kepada RM 2.25 sen seliter iaitu kenaikan sebanyak RM 0.25 sen seliter.



Terima kasih kerajaan kerana memberikan ruang pada kami untuk menyumbang kepada anda!!!!!.Dah lah isu harga barang pon tak selesai-selesai, dengan krisis gulanya, dan bermacam lagi lah yang berkaitan dengan duit nih.....

Itulah hadiah yang paling bermakna untuk rakyat yang diutamakan.dan hasilnya rakyat semakin tertipu dan semakin terhimpit dengan beban yang di cipta sendiri oleh mereka yang dipilih oleh rakyat....dan lebih membanggakan lagi,...sekaum dengan aku...Melayu!!!

Lepas ni pulak tepung kat kedai kena sorok, lepas tu beras, tepung, telur, minyak masak, pendek kata barang harian la...untuk apa? menaikkan harga. Sebab? harga petrol naik.....eloklah tu.

Aku tak kira la apa RON sekalipun yang di keluarkan di stesen minyak. Janji kereta aku jalan dan takder masalah.Jangan lah sampai jual minyak di campur dengan air pula!!

Kalau rakyat bising mereka suruh bandingkan dengan negara lain yang minyaknyer lagi mahal, contohnya thailand (aku tak pasti plak ratenye berapa kat sana) tapi aku sure memang kat sana lagi mahal dari Malaysia, tapi barangan harian seperti pakaian dan makanan adalah jauh lebih murah dari kita kat sini......so camna?

Senang cerita aku harap kita semua berbanggalah jadik rakyat Malaysia yang dah 52 tahun merdeka.Jangan tanya apa sumbangan negara pada kita, tapi tanyalah apa sumbangan kita pada negara...ahahahhahaha

Semoga pemimpin kita terus menerajui negara dengan Bijak, Adil, Amanah dan Saksama.



PS: Sumbangan aku pada negara ialah....Aku bayar cukai masa pergi KARAOKE...

Comments :

0 comments to “Hadiah Kemerdekaan”