Tuesday, June 16, 2009

Penjawat awam di larang sembang menggunakan internet

Penjawat awam dilarang sembang guna Internet

KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam di negara ini dilarang melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet termasuk aktiviti sembang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan dan ia boleh dicapai di laman web www.mampu.gov.my.

and bla bla bla.....

Dipetik oleh blogger dari kosmo online

Garis Panduan mengenai Tatcara Penggunaan Internet dan Mel elektronik?

wah wah wah sekarang nih ada tatacara pulak nak guna internet kat opis yerk?

berpakaian sopan dan menutup aurat ketika mengadap komputer, tidak makan atau minum ketika menggunakan komputer, jangan korek hidung sebelum memegang papan kekunci atau tetikus, jangan tampal sebarang notis pada monitor dan macam-macam lagi la.

Apa sebenarnya yang akan diperolehi pasal larangan tersebut? apa yang pihak kerajaan nak dari penjawat awam?dan apa hasil bagi sesebuah organisasi?

Lazimnya semua orang tahu apa yang akan kita perolehi ketika berurusan dengan Jabatan Kerajaan nih dan berapa masa yang diambil untuk pemprosesan bagi satu satu permohonan.Bila ada urusan nak kena pegi jabatan kerajaan mesti rasa berat jer.Adakah dengan tindakan sebegitu dapat memperbaiki rekod tersebut? sama-sama lah kita nantikan....


PS: Aku rasa kalau ko kuar tatacara apa sekalipun benda macam nih susah nak sekat...terpulang pada individu yang menggunakannya.



Adios!!!

Comments :

1
Nashays said...
on 

tampal sticker pooh kat keyboard leh x?motibasi nak bekeje..:p