Monday, August 31, 2009

Hadiah Kemerdekaan

Semalam sambutan ke 52 kemerdekaan negara.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Pemimpin teratas lantang melaungkan slogan.Malah tiap-tiap hari pergi kerja aku nampak papan iklan besar kat tepi highway yang memaparkan slogan tersebut.Kat papan iklan tu ada banyak wajah manusia yang tersenyum dan pelbagai bangsa.Bagus!!!

Aku cari maner lah tau kot-kot ada muka aku kat situ kan...tapi aku rasa takder kot sebab aku nih tak terlibat secara langsung dengan orang yang membikin iklan tu.Kalau muka aku ada kat situ sudah semestinya aku mintak royalti!!!

Secara otomatiknya aku akan ingat slogan tu tiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja.

Dan.....pagi ni aku sendiri terkejut dengan satu berita yang aku dengar dari DJ radio HOT FM....satu hadiah yang kerajaan berikan pada kita semua...

RON 95 - dinaikkan harga sebanyak RM 0.5 sen seliter berkuatkasa hari ni (1 September 2009) menjadikan harganya RM 1.80 sen seliter berbanding harga tterdahulu iaitu RM 1.75 sen seliter.

RON 97 - juga dinaikkan harganya dari RM 1.80 kepada RM 2.25 sen seliter iaitu kenaikan sebanyak RM 0.25 sen seliter.



Terima kasih kerajaan kerana memberikan ruang pada kami untuk menyumbang kepada anda!!!!!.Dah lah isu harga barang pon tak selesai-selesai, dengan krisis gulanya, dan bermacam lagi lah yang berkaitan dengan duit nih.....

Itulah hadiah yang paling bermakna untuk rakyat yang diutamakan.dan hasilnya rakyat semakin tertipu dan semakin terhimpit dengan beban yang di cipta sendiri oleh mereka yang dipilih oleh rakyat....dan lebih membanggakan lagi,...sekaum dengan aku...Melayu!!!

Lepas ni pulak tepung kat kedai kena sorok, lepas tu beras, tepung, telur, minyak masak, pendek kata barang harian la...untuk apa? menaikkan harga. Sebab? harga petrol naik.....eloklah tu.

Aku tak kira la apa RON sekalipun yang di keluarkan di stesen minyak. Janji kereta aku jalan dan takder masalah.Jangan lah sampai jual minyak di campur dengan air pula!!

Kalau rakyat bising mereka suruh bandingkan dengan negara lain yang minyaknyer lagi mahal, contohnya thailand (aku tak pasti plak ratenye berapa kat sana) tapi aku sure memang kat sana lagi mahal dari Malaysia, tapi barangan harian seperti pakaian dan makanan adalah jauh lebih murah dari kita kat sini......so camna?

Senang cerita aku harap kita semua berbanggalah jadik rakyat Malaysia yang dah 52 tahun merdeka.Jangan tanya apa sumbangan negara pada kita, tapi tanyalah apa sumbangan kita pada negara...ahahahhahaha

Semoga pemimpin kita terus menerajui negara dengan Bijak, Adil, Amanah dan Saksama.



PS: Sumbangan aku pada negara ialah....Aku bayar cukai masa pergi KARAOKE...

Korang paham aper?


nih gambar aku amik kat salah satu pondok telefon yang ada kat Bandar Baru Bangi.


Lokasi sebenar adalah depan Maybank berdeketan dengan Masjid Besar Bandar Baru Bangi.Atau orang sekitar panggil Masjid Hijau sebab kubah dia hijau.Atau mungkin jugak sebab ramai yang menyokong warna hijau....ehehehe


Apa yang korang fikir tentang iklan tu?


Gambar tu sajer aku tak blurkan nama n nombor telefon sebab nak bagi jelas bangsa yang kuarkan iklan tu...



PS : Iklan kat Malaysia nih boleh di tampal di mana-mana sahaja tanpa perlukan lesen.Jadi, iklan yang macam tu lah yang akan memberikan keindahan pada pelancong yang datang ke Malaysia nih kan? Termasuklah iklan si Along.....,Angah, Alang....Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Tuesday, July 14, 2009

HFMD tu aper?

ada orang tanya....

HFMD tu apa...

Haris Fadilah Main Dadu....

PS:HFMD.....Hand Foot Mouth Desease....leh Google jer kat tenet banyak info

Sunday, July 12, 2009

terpaksa cuti


ingatkan semalam nak hantar je hero nakamura kat umah maktoknya tapi,malam tadik hero asyik merengek ajer then secara otomatiknya mak ayah hero tidor pon tak lena....caner nak g kejer?

Hari ni dari jam 9 pagi sampai lah ke jam 1 tghari hero taknak dok kat bawah nak dok kat atas dukung jer...uhuhuh biasalah budak kalau dah tak sihat kan?

memang menguji kesabaran betullah....

ni kat atas gambar hiro tgh tdo selepas di pujuk oleh ibunya....seksi tu sebab hanya pakai selimut ngan drypers jer...bila tdo jer barulah lega...badan nampak susut sikit di sebabkan penangan kulat yang menjangkiti badan dan mulutnya...siot punya kulat!!!



PS: Hari ni terpaksa cuti sebab letih sangat tak cukup tdo!!!

Jangkitan tangan kaki dan mulut


Hero kecik kt umah xnak makan n minum.dari sabtu malam.
Bapak hero n ibu hero risau.tdo mlm x lena.uhuhu
Mula igtkan dia nak tumbuh gigi then just biarkan aje.
Tapi disebabkan ketidakcukupan tdo bapak n ibu hero maka hero dibawa ke klinik berhampiran.
Masuk je ke bilik doktor terus check kaki n tangan dia. (memang doktor tu terer)

Caner aku leh x prasan kat kaki n tangan dia dah mula ada bintik-bintik merah.
Then doktor tunjukkan kat dalam mulut anak aku tu pun dah ada bintik merah gak dats why lah air liur hero asyik meleleh jer.sori sayang ayah x perasan.
Dan secara rasminya doktor kasitau hero nakamura dah terkena jangkitan kaki tangan dan mulut.cara jangkitan adalah melalui udara(bersin)
Dan juga sentuhan.
Dan disebabkan itu jugak doktor kasik ubat yg byk kt hero.utk sapu utk minum utk mandi.sumenye utk memerangi kulat yg bertapak kt badan hiro.terbang rm 35.


3 hari hero xleh g tempat ngasuh takut kulat menjangkiti budak yg bawah 5 tahun.
So hero akan dok kt umah maktoknya.for sure maktoknya seronok giler sbb cucu kesayangannya akan menyepahkan rumah dia.

doktor kata penyakit tu kt sini x bahaya tak macam kat sarawak dulu smpi leh menjangkiti peparu....alhamdulillah

Monday, June 29, 2009

Kematian

Ada 3 orang yang aku kenal meninggal dunia baru2 nih

1. Kematian suami kepada rakan isteri aku:

- Kejadian berlaku somewhere area Shah Alam....Tengah angkat barang tolong kawan pindah then rehat kejap, lepas tu colapse!!! then cuba bagi bantuan CPR tapi tak berjaya, ambulans datang n doktor check dah takder....

- Yang menarik untuk dikongsi ialah...arwah merupakan suami kepada kawan isteri aku.Baru menikah 3 bulan.Umur awal 20an, tapi dah kaya sebab wat bisnes lebih kurang macam kontraktor lah.

-Yang paling menarik pula si isteri nih masa kawen macam tak berapa suka kat arwah nih sebab takder perasaan cinta tapi kawen jugak atas dasar kesian, camner bleh berlaku aku pun tak berapa pasti sangat.Si isteri macam tak menghargai sangat arwah ni dan banyak perkara yang dibuat melukakan hatinya.Arwah ni plak punyalah baik sangat, bayangkanlah bila si isteri nih tak sihat tak larat nak bangun, arwah ni sanggup basuhkan pad si isteri nih, angkat bawak pegi mandi, namun si isteri nih macam tak hargai plak...

-Akhirnya bila arwah nih dah takder barulah dia nampak benda tu sumer dan menyesal tak sudah.Arwah ada harta tapi taktau simpan kat mana, ada duit tapi taktau banyak mana, ada bisnes tapi taktau banyak mana, ada cawangan bisnes tapi taktau kat mana,...akhirnya adik arwah yang uruskan......rugi kan?

2. Kematian ayah kepada biras

- Usia dah menjangkau 80an....tinggal kat banting, orang jawa sampai apa yang dia cakap aku hanya paham 10% jer...tak rapat sangat ngan aku sebab jarang gi umah dia..

3. Kematian raja pop

- Kematian Michael Jackson a.k.a. Mikael
- Berusia 50 tahun baru memeluk islam
- Aku boleh jugak la dikatakan minat kat arwah nih n lagu paling feveret aku adalah 'The way she makes me feel', suka tengok tarian dia kat dalam video klip tuh



Moral of da story untuk ketiga2 perkara di atas ialah sayangilah seseorang itu apabila dia masih hidup. Hargailah dirinya sementara dia masih bernyawa.


PS: Aku terharu kat citer yang nombor satu tu.3 bulan menikah tapi aku tak pernah jumpa pun.Hanya tau citer dari wife aku jer.Al-Fatihah untuk mereka semoga rohnya di letakkan di kalangan orang yang beriman...

kematian, kecurian

Dah lama tak update blog coz of two things...

Kecurian.....(Ada owang curik pasir kat kampung kat tanah mak)

Kematian....(3 orang yang aku kenal)




PS: Dua kejadian yang dimulai dengan 'KE'......